BloGGerZZZ...

Welcome To The Club...

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
;
Thursday, January 7, 2010

Mana hilangnya sifat kemanusiaan??

Posted by pixma@peja

TAMPIN: Suspek kes pembunuhan empat beranak di Kampung Batang Rotan, Gemencheh di sini, berjaya ditahan polis petang semalam tetapi kejadian ngeri itu masih menjadi misteri apabila kepala seorang mangsa yang dipenggal belum ditemui.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Mohd Zaki Masroh, berkata pasukan polis yang menyiasat tempat kejadian dan kawasan sekitar tidak menemui kepala mangsa.

"Kita akan membuat siasatan lanjut untuk mengetahui lokasi kepala itu disembunyikan," katanya.




Beliau bagaimanapun enggan mengulas motif pembunuhan itu, termasuk kemungkinan mempunyai kaitan dengan ilmu hitam.

"Perkara itu akan hanya diketahui selepas siasatan selesai," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin di sini, semalam.

Mohd Zaki berkata, suspek yang ditahan di Stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur, kira-kira jam 4 petang semalam, akan dibawa pulang ke sini dan direman hari ini untuk membantu siasatan kes itu.



Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menghubungi IPK Negeri Sembilan bagi memaklumkan mengenai penangkapan seorang lelaki menyerupai gambaran suspek kes pembunuhan itu dan selepas pengecaman dibuat, pihaknya mengesahkan lelaki terbabit adalah suspek yang diburu.

Dalam kejadian kelmarin, mangsa dikenali Atan Daud, 87, yang juga bekas imam masjid Kampung Batang Rokan, ditemui mati dengan tangan kirinya putus.

Isterinya, Sufiah Katas, 80, pula putus tangan kanan, manakala menantu pasangan warga emas itu, Ismail Awang, 76, ditemui tanpa kepala, sementara anak Ismail, Siti Khadijah Ismail, 22, ditemui dengan pisau tercacak pada dadanya.
Empat beranak itu dipercayai dibunuh kira-kira jam 10 pagi, tetapi kejadian itu hanya disedari apabila seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam Ismail, 19, pulang dari sekolah kira-kira jam 3.30 petang.

Berikutan kejadian itu, polis mencari Rashidi yang juga cucu bekas imam berkenaan dan anak Ismail bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Mohd Zaki berkata, antara faktor utama menyebabkan suspek berjaya ditahan dengan cepat kerana polis segera menyebarkan gambar dan nombor pendaftaran motosikal yang digunakannya ke seluruh negara tidak lama selepas kejadian itu dilaporkan.

Berikutan itu, polis menemui motosikal suspek yang ditinggalkan berhampiran sebuah perhentian bas di Taman Gunung Emas, kira-kira 25 kilometer dari tempat kejadian, pada jam 2 pagi semalam.

Mengenai penemuan kesan tompokan darah di beberapa premis perniagaan di Taman Muhibbah, Gemencheh, pagi semalam, beliau berkata, siasatan awal mendapati ia adalah darah binatang.

"Bagaimanapun, kita akan menjalankan siasatan lanjut dan tidak mengenepikan sebarang petunjuk. Darah itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian lanjut," katanya.

KUALA LUMPUR - Dua tokoh korporat tempatan, Datuk Seri Tony Fernandes dan Datuk Kamaruddin Meranum kini di peringkat akhir untuk membeli kelab bola sepak Liga Perdana England, West Ham United.
Sumber memberitahu, pembelian kelab yang dibimbing oleh Gianfranco Zola itu akan dimuktamadkan dalam tempoh dua minggu akan datang.
Katanya, menerusi pembelian tersebut, Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd. (AirAsia) dan Kamaruddin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, akan memegang 51 peratus saham kelab tersebut.
''Pemilikan kelab West Ham oleh kedua-dua tokoh korporat itu adalah pelaburan peribadi dan ia tidak melibatkan kepentingan syarikat AirAsia,'' kata sumber tersebut.
Fernandes merupakan penyokong setia West Ham.
Beliau juga adalah Ketua Pasukan Lotus F1 Racing manakala Kamaruddin merupakan Pengarah pasukan yang akan beraksi dalam perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.
Tambah sumber tersebut, pemilikan kelab England itu turut membuktikan kemampuan rakyat Malaysia membeli sebuah kelab yang beraksi dalam liga bola sepak terkemuka di dunia.
''Pemilikan West Ham oleh kedua-dua tokoh korporat itu kena pada masanya kerana ketika ini para pemain bola sepak negara sedang mencari kelab untuk berlatih di Eropah.
''Atas semangat 1Malaysia, saya percaya mereka tiada halangan untuk memberi kebenaran jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu menempatkan para pemain negara di West Ham,'' kata sumber tersebut..
West Ham United berpusat di Upton Park, timur London, menduduki tangga keempat tercorot Liga Perdana England dengan mengumpul 18 mata dari 20 perlawanan, di depan, Bolton, Hull dan Portsmouth.
Antara pemain utama West termasuk Scott Parker, pemain kebangsaan England, Matthew Upson, penjaga gol Robert Green serta Kieron Dyer.
Musim lalu, West Ham menduduki tempat kesembilan dan kedudukan terbaik kelab itu dalam Liga Perdana ialah di tangga kelima pada 1998-99.


Sumber:Utusan Malaysia 7 hb 1 2010