Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.
Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.
Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.
Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.
Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.
Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.
Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.
Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.
Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.
Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
Jam!
kalendar Hijrah
My Blog...
Lagu-Laguan..
Berdiscusi..
Kelate.net
Search This Blog
CARA RASULULLAH (s.a.w.) MENGELAK & MENYEMBUHKAN PENYAKIT
Posted by pixma@pejaPetikan dari buku Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan penyakit
(Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum)...
PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)
MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air
yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.
PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan
malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu
menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.
PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.
PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan
petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas
dan khianat.
KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.
Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf:179)
Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam). Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW
TANDA-TANDA AWAL KANSER
(1) Kanser pangkal rahim
- sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan
turun berat badan.
(2) Kanser payudara
- bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairanberdarah dari puting,
pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar
- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,sakit dalam perut dan usus,
berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru
- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafastermengah- mengah, sakit dada dan
hilang berat badan.
(5) Kanser perut
- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem
pencernaanyg tidak teratur, cepat
kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa
- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turunberat badan, kulit dan
mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari
- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,sakit semasa
bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser otak
- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemahatau lumpuh, pening/
pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat
- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia)
- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak
- suara garau/ serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar
membengkak di leher.
10 PENYEBAB UTAMA KANSER
1) Makanan
2) Alkohol
3) Sinaran cahaya matahari
4) Pengambilan ubat
5) Perokok yang tidak aktif
6) Tembakau
7) Radiasi
8) Pekerjaan
9) Pencemaran air dan udara
10) Keturunan
Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser
1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon
yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen!
Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah
anti-karsinogen.
2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan mati
keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.
3. "Bah Kut Teh" (daging babi)
Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu
sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana. Fakta
diperolehi dari "Health Corporation of Singapore ".
4. Barah - akibat penggunaan bahan dalam shampoo.
Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau
ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang
panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive,
Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature
Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah
satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.
Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka
ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh
melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan
busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk
kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.
5. makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)
6. Bawang Goreng segera .
Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan
melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna
diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna
dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw
tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut.
Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada
udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa
yang singkat sahaja.
Beberapa fakta yang anda perlu ketahui..
| | 1 dalam 4 orang akan mengidap Kanser dan Penyakit Kronik |
| | 3 Juta rakyat Malaysia dalam golongan Obseiti. |
| | 800 ribu rakyat Malaysia mengidap Kencing Manis |
| | Sakit Jantung merupakan pembunuh no 1 Dunia |
| | Kebanyakan orang meninggal dunia disebabkan oleh stress |
| | Ramai orang yang mati pucuk tapi malu mendapat rawatan. |
Apakah Penyakit Yang disebabkan Oleh Penyumbatan Salur darah?
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
Adakah Anda Mempunyai Simptom-simptom di bawah?
Tanda-tanda di bawah menunjukkan salur darah kita bermasalah
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|

Kedatanganmu akan ditangisi oleh orang2 yg beriman dgn allah....hati mrk gembira dan sedih bila ramadan meninggalkan mrk...
orang2 yg soleh akan sentiasa istiqamah dalam ibadatnya kpd allah...mrk akan sentiasa menambahkan amalan ibadat dr setiap masa dan saat...
mudah2han ramadan kali ini kt student mahupun staf USM manfaatkanlah ramadan dgn membanyakkan membaca Al-Quran bersama-sama serta istiqamah dlm ibadat kpd allah..
perjuangkanlah agama allah dimuka bumi ini..nescaya akan mencapai kemenangan suatu hr nati.....
sesungguhnya semulia kamu dsisi allah adalah mereka yg bertakwa kpdNya...
DR Yusuf Qardhawi dalam kitabnya ‘al-Ibadah Fil Islam’ mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.
Menguatkan jiwa...
Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu.
Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.
Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya. Bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi.
Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Perkara ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia kepada kesesatan.
Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud: “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jaathiyah, ayat 23)
Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan Allah.
Rasulullah bersabda, ertinya : “Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Mendidik keinginan ke arah kebaikan....
Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.
Rasulullah menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran.
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Puasa itu sebagai benteng” (daripada serangan keburukan).
Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri, meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi.
Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.
Menyihatkan badan....
Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan.
Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur....
Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat kerana menginginkan dua. Dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.
Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.
Di sini, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.
Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7).
Mengingati dan merasakan penderitaan orang lain...
Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir.
Dari sini puasa akan melahir dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita.
Oleh itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Hal ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.
Allah berfirman bermaksud: “Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah at Taubah, ayat 103).
MANUSIA dewasa memerlukan 95 peratus pernafasan oksigen di dalam darah yang disedut bagi membolehkan sistem badan manusia berfungsi dengan normal.
Pernafasan penting bagi tujuan pembentukan tenaga hasil daripada metabolisme makanan. Pernafasan juga adalah sebahagian komponen yang membentuk tisu-tisu badan manusia.
Pernafasan juga membantu memulihkan tisu-tisu yang cedera dan mengelakkan penyakit dan meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan otak untuk berfikir dan sebagainya
Sistem pernafasan memain peranan utama dalam menentukan tisu badan manusia menerima bekalan oksigen yang mencukupi dan mengeluarkan hasil metabolisme tisu-tisu seperti karbon dioksida keluar dari badan manusia.
Ini dapat mengekalkan sistem peredaran darah manusia mempunyai kandungan udara (Arterial Blood Gases) yang diperlukan serta mengekalkan keadaan pH darah yang normal iaitu lingkungan 7.35 hingga 7.45. Sistem pernafasan dan proses metabolisme badan memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan menyeimbangkan kandungan udara di dalam darah dan pH darah supaya sentiasa berkeadaan normal.
Keadaan ini membantu sistem badan manusia berfungsi pada tahap yang optimum dan mengelakkan daripada kekurangan oksigen didalam sistem peredaran darah atau dikenali sebagai hypoxemia dimana jika ia tidak dirawat dengan segera ia boleh menyebabkan:
lPeningkatan bilangan pernafasan (Tachypnoea)
lKesusahan bernafas (Dyspnoea)
lPeningkatan bilangan degupan jantung (Tachycardia)
lKebiruan pada kulit (Cyanosis)
lKeresahan (Restlessness)
lKelemahan otot pernafasan (Respiratory muscle weakness)
lHilang kesedaran diri (Confusion and Coma)
Fungsi sistem pernafasan boleh diganggu oleh penyakit-penyakit seperti influenza, radang paru-paru, asma, patah tulang rusuk, kecacatan rongga torak dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini akan menganggu ventilasi dan pertukaran gas-gas pada peringkat alveoli menyebabkan saluran pernafasan sempit atau dikenali sebagai Obstructive Syndrome yang disebabkan inflamasi, kontraksi (spasm) otot-otot lembut dan peningkatan cecair rongga pernafasan (lungs secretion).
Rasa ketat pada tisu paru-paru dan rongga torak atau dikenali sebagai Restrictive Syndrome juga bakal berlaku. Kelemahan otot pernafasan ini menyebabkan ventilasi udara menjadi tidak efisien dan menggunakan banyak tenaga. Ini meningkatkan kerja otot pernafasan yang sekali gus boleh menyebabkan kepenatan dan kelemahan otot pernafasan.
Justeru itu, bagi mengekalkan sistem pernafasan anda sentiasa berfungsi dengan baik, langkah pencegahan dari dijangkiti penyakit seperti penyakit-penyakit bawaan udara perlu diambil melalui:
lElakkan terdedah dengan pesakit yang sedang menghidapi penyakit paru-paru.
lSentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri seperti sentiasa mencuci tangan.
lMenggunakan penutup hidung dan mulut jika pengudaraan persekitaran tercemar atau berhubung dengan pesakit-pesakit penyakit paru-paru.
lSentiasa makan makanan seimbang.
lSegera mendapatkan rawatan perubatan jika mempunyai tanda-tanda serangan penyakit paru-paru seperti kesusahan bernafas, nafas berbunyi, batuk berterusan, kelemahan keseluruhan badan dan kurang berupaya melakukan kerja seharian kerana kesusahan bernafas.
Selain rawatan perubatan, fisioterapi juga boleh membantu mengekalkan fungsi sistem pernafasan dengan melakukan senaman pernafasan, teknik mengeluarkan lebihan cecair paru-paru atau kahak, senaman meningkat toleran paru-paru dan pendidikan tentang penjagaan paru-paru yang boleh diperoleh di Unit Fisioterapi hospital kerajaan mahupun swasta.
Secara amnya, senaman pernafasan atau lebih dikenali sebagai Active Cycle Breathing Technique (ACBT) digunakan jika kita mempunyai masalah kesusahan bernafas, batuk berkahak dan kurang toleran paru-paru manakala teknik kedudukan selesa dan Postural Drainage digunakan bagi meningkatkan ventilasi dan pertukaran udara di peringkat tisu paru-paru melalui proses ventilasi-perfusi serta membantu mengeluarkan lebihan cecair paru-paru.
Manakala pendidikan tentang penjagaan paru-paru akan diberikan oleh ahli fisioterapi bagi memberi pengetahuan tentang pencegahan dan perawatan terhadap penyakit paru-paru.
SEMPENA genap 40 tahun penubuhan Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, pelancaran Ekspo Konvokesyen (Convex 09) USM yang akan diadakan pada 11 Ogos nanti cukup berbeza dan unik. Jika tahun-tahun sebelumnya, majlis tersebut bertempat di Dewan Tuanku Canselor, kali ini ia diadakan di Batalion ke-2 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Kem Sungai Ara.
Signifikannya kerana batu asas penubuhan USM atau dulunya dikenali Universiti Pulau Pinang terletak di dalam kem tersebut yang ketika itu disempurnakan oleh Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.
Namun, atas beberapa masalah termasuk faktor strategik, cadangan itu berubah apabila lokasi universiti berteraskan sains itu dipindahkan ke Bukit Minden manakala tapak sedia ada di Sungai Ara itu dijadikan kem tentera.
Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, selepas 40 tahun bertapak sebagai salah sebuah universiti penyelidikan terbaik negara, banyak peristiwa dilalui USM.
"Pencapaian yang dibuat di peringkat tempatan dan antarabangsa itu pastinya membanggakan para penuntut serta seluruh warga USM.
"Saya berharap semua pihak memainkan peranan masing-masing untuk mengekalkan USM sebagai menara ilmu dan meletakkan namanya di persada dunia," katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis prapelancaran Convex 09.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Pemerintah kem itu, Lt. Kol. Muhammad Huzaimi Sabri dan Pengarah Convex 09, Elrafida Syahfitri.
Pada majlis itu juga, satu siri pengkisahan sejarah penubuhan USM telah disampaikan oleh Pengarah Pejabat Pemajuan dan perhubungan Alumni Anjung Budi USM, Prof. Madya Mohamed Talhah Idrus.
Upacara Konvokesyen USM akan berlangsung pada 12 hingga 16 Ogos ini di Dewan Tuanku Syed Putra manakala Convex 09 bermula sehari lebih awal.
Antara program yang akan diadakan sepanjang Convex 09 ialah Kejohanan Futsal: Jaguh Kampung, Forum perpaduan: Siapa Yang Tidak Bertoleransi, Persembahan 1Siswa for 1Malaysia, Hari OKU: Caring is Loving dan banyak lagi.
Selain itu, pameran dan gerai jualan juga disediakan sepanjang ekspo yang bertemakan Convex 09 Untuk 1Malaysia itu dan penduduk negeri ini dijemput hadir bagi memeriahkan lagi penganjuran Convex USM edisi tahun 2009.
Dipetik dari KOSMO! -19 ogos 2009-

Charlie..Satu makhluk yang sangat menggerunkan. Bagi sesiapa yang tinggal berhampiran dengan kawasan bendang atau sawah padi, pasti tahu penangan bisa makhluk bernama Charlie. Anda jangan terpedaya dengan makhluk yang sedap namanya ni.....
Meninggalkan kesan yang sangat besar.. Kalo kena muka, memang hilang la kecomelan dan kemachoan dan kehenseman seseorang itu....keh2
Sekarang ni, kehadirannya mula dirasai. Time hujan palak...pastu orang pun baru je potong padi.. Memang menjadi-jadi la Charlie ni... "Charlie" ni cuma panggilan orang kampung je..Dari mana datang pun tak tau. Tapi nama @nama sains makhluk ni ialah "Kumbang Rove". Berikut adalah serba sedikit maklumat mengenai Charlie ini.
CHARLIE@ROVE BEETLE @ KUMBANG ROVE
Nama Am : Kumbang Rove
Nama Saintifik : Class : Insecta,Order : Coleoptera Famili : Staphylinidae
Spesies : Paederus fuscipes Curtis
Nama Tempatan : Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll.
Bilangan Spesies : Dianggarkan sekitar 47,000 spesies
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai ‘pederin’ (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai ‘dermatitis linearis’, ‘paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis’, ‘whiplash dermatitis’ dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.
Cuba anda bayangkan..berlari 10 meter dalam masa 1 saat...ish2...
![]() |
| Usain Bolt |
Atlet Jamaica, Usain Bolt meleburkan rekod dunia 100 meter yang dipegangnya untuk memenangi perlumbaan akhir pada Kejohanan Dunia dengan catatan 9.58 saat di sini kelmarin.
Manusia terpantas di dunia itu mengurangkan catatan sehingga 0.11s berbanding rekod dunia 9.69s yang dicatat ketika memenang emas pada Sukan Olimpik Beijing setahun lalu, detik yang membawa acara itu ke zon masa yang tidak pernah dibayangkan sebelum kemunculannya dalam acara pecut.
Pelari Amerika Syarikat, Tyson Gay, juara dunia kejohanan 2007, menamatkan saingan di tempat kedua dengan masa 9.71s, catatan ketiga terpantas yang pernah direkodkan.
Seorang lagi atlet Jamaica, Asafa Powell meraih gangsa dengan masa 9.84s.
Berbanding ketika acara akhir Sukan Olimpik, apabila dia meraikan kejayaan lebih awal sebelum melintasi garisan penamat, Bolt hanya meraikan kejayaan sehingga melepasi garisan penamat.
Lazimnya rekod dunia acara 100m dikurangkan masanya dalam lingkungan 0.01s atau 0.02s, menjadikan pengurangan yang dilakukan oleh Bolt kelmarin amat menakjubkan.
“Saya tidak berlari untuk rekod dunia. Sasarannya hanyalah menyertai larian di sini dan melaksanakannya, kerana ia adalah perlumbaan sukar.
“Saya bermula baik, saya memperolehnya pada 20 meter pertama dan inilah kesudahannya.
“Saya pernah katakan, apa sahaja boleh berlaku dan ia akhirnya terjadi. Ia memang sasaran utama namun apabila saya mencatat 9.58 saat, saya amat gembira terhadap diri sendiri,’’ katanya.
Bolt bakal menerima AS$100,000 (RM353,750) dari Persekutuan Persatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) kerana catatan rekod dunia itu, namun ia hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang akan dibayar oleh penajanya.
Bolt, yang mengalami pembatalan permulaan semasa acara separuh akhir, melakukan permulaan baik pada acara akhir dan ia amat ketara mulai 20 meter pertama lagi.
Dia melintas garisan penamat dengan sebelah matanya melihat ke arah jam catatan masa sebelum menepuk tangan ke dada.
Dia didakap oleh rakannya, Powell dan kemudiannya berlari mengelilingi stadium untuk meraikan kejayaan bersama 70,000 penonton.
“Hari ini amat sempurna. Ini memberikan saya banyak tenaga. Terutamanya penonton. Saya tidak akan melupakannya,’’ kata Bolt kepada penonton menerusi pembesar suara stadium.
Bolt, yang lima hari lagi mencecah usia 23 tahun, bergelut untuk meraih kejuaraan kejohanan besar yang tidak pernah dimenanginya sebelum ini.
Kini dia kini telah memperoleh koleksi sempurna daripada Gay, walaupun sebelum ini dia mengeluh kerana persediaannya untuk Kejohanan Dunia dibelenggu masalah hujan dan angin ketika dia beraksi di kejohanan Eropah.
Dia juga terpaksa menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan kaca daripada kakinya selepas terlibat dalam kemalangan April lalu.
Punca Penyakit Jantung - adakah Kolesterol penyebabnya?
Posted by pixma@peja
Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.
Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung.
Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.
Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.
Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi.
Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.
Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.
Namun pagi 13 Ogos lalu, entah kenapa Mohd. Asri atau lebih mesra disapa Ustaz Asri, ayah kepada enam orang anak itu begitu tergesa-gesa untuk pergi, hingga tidak berpeluang isteri tercinta Haliza Shahadan, 39, memeluk erat suami seperti biasa.
Walaupun tindakan Ustaz Asri berlainan daripada biasa, namun Haliza atau lebih mesra dipanggil Noor Jannah tidak menyangka apa. Cuma yang terfikir, suami tersayang tergesa-gesa kerana ada tugas sudah menanti pada 10.30 pagi itu.
Pagi itu, Ustaz Asri dan Rabbani dijadualkan menyanyikan lagu tema Syahadah musim kelima sebuah rancangan terbitan RTM yang akan disiarkan sepanjang bulan Ramadan, di Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri.
Namun suratan takdir telah menentukan. Kelainan sikap Ustaz Asri pagi itu rupa-rupanya petanda beliau akan pergi buat selama-lamanya meninggalkan isteri, anak-anak dan dunia yang fana ini.
Tidak siapa menduga, ketika Noor Jannah sibuk di rumah mengurus anak-anak, ahli anggota Rabbani berusaha membantu memulihkan Ustaz Asri yang rebah tiba-tiba ketika mahu memulakan latihan menyanyikan lagu tema tersebut.
Dan... dalam suasana tenang dan sepi, ketika syahadah dibisikkan di telinganya, Ustaz Asri yang rebah dan pucat wajahnya, longlai di pangkuan sahabat-sahabatnya.
Meski hati mereka digayut rasa sedih, namun tidak mahu mengaku kalah. Dengan semangat setia kawan dan dipanjatkan beribu doa, dengan menaiki van milik mereka, Ustaz Asri dibawa ke Pusat Perubatan Pantai.
Namun takdir menentukan segala-galanya. Allah lebih menyayanginya dan tepat pada pukul 11.45 pagi, doktor mengesahkan Ustaz Asri yang dikenali sebagai pejuang lagu-lagu nasyid meninggal dunia kerana sakit jantung.
Dilahirkan pada 3 Ogos 1969, pemergian Allahyarham amat mengejutkan ramai pihak terutama kepada mereka yang meminati koleksi lagu-lagu dakwah nyanyiannya bersama kumpulan Rabbani.
Selama 12 tahun memperjuangkan irama nasyid, kini, segalanya hanya tinggal kenangan dan akan terus terpahat di sanubari setiap daripada kita semua.
Dan, sememangnya, kita semua perlu menerima takdir dan hakikat bahawa Ustaz Asri kini sudah tiada lagi untuk mengingatkan semua dengan lagu-lagu berbentuk dakwah dan nasihat.
Semuanya sudah termaktub sebagai mana janji Allah SWT dalam al-Quran bahawa setiap yang hidup pasti akan merasai mati.
Rebah ketika menjalani sesi latihan sempena pelancaran program Syahadah, rintihan dan tangis sendu mengiringi saat jenazah Allahyarham dimandi, dikapan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.
Selain seorang balu, Haliza Shahadan@Noor Jannah, Allahyarham meninggalkan enam anak iaitu Mohd. Nasimudin, 15; Mohd. Fathi, 14; Nur Afikah, 12; Mohd. Ilham, 10; Sufiyah Munawarh, 6 dan Hamdi Rabbani, 4.
Dua hari sebelum itu, penulis berkesempatan menemui Allahyarham ketika majlis menandatangani perjanjian persembahan Rabbani di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya sempena Ramadan tahun ini.
Ia merupakan kerjasama ke-18 tahun berturut-turut Rabbani bersama hotel itu.
Allahyarham yang sentiasa ceria pada majlis itu berkata : "Kadang-kadang terdetik di hati saya, jika Singgahsana tidak mengundang kami pada tahun ini, tidak mengapalah.
"Tetapi, jika tidak ada tawaran daripada Singgahsana, ibadah kami sempena Ramadan tahun ini bagaikan tidak lengkap kerana ini merupakan salah satu cabang ibadah Rabbani."
Dalam pertemuan itu, penulis sempat mengajukan soalan dan bertanyakan pendapat Allahyarham mengenai Rabbani yang boleh dilabel sebagai kumpulan nasyid nombor satu negara berdasarkan undangan menyanyi di pentas yang tidak pernah lekang.
Allahyarham dengan rendah diri berkata : "Alhamdulillah, Rabbani masih aktif. Bukan hanya konsert, Rabbani sering kali bersama dengan masyarakat. Komitmen setiap ahli kumpulan juga menjadi penentu kepada kejayaan Rabbani.
"Menjaga hati rakan-rakan juga penting. Contohnya, jika saya seorang dipanggil dalam sesebuah majlis, saya akan katakan tidak boleh kerana semua ahli Rabbani perlu diundang sama. Kita perlu utamakan rakan-rakan."
Begitulah setia dan kasihnya Allahyarham terhadap ahli anggota Rabbani yang dianggap bagaikan saudara sendiri.
Bercakap mengenai Allahyarham, dengan berita pemergiannya itu, bait-bait lagu dakwah dan zikir munajat yang sering bermain di bibirnya tatkala aktif bersama Rabbani dan juga Nada Murni mungkin sukar untuk dilupakan.
Perginya Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar kepada lapangan nasyid tanah air.
Dalam waktu ini juga, pastinya kita akan mengingati lagu berjudul Pergi Tak Kembali, ciptaan KRU dengan lirik oleh Allahyarham yang pernah dipopularkan Rabbani sekitar 2000.
Lagu itu cukup menginsafkan dan mengingatkan kita semua betapa kematian itu adalah sesuatu yang benar dan pasti berlaku.
Hayatilah lirik karya lagu tersebut :
Setiap insan pasti merasa,
Saat perpisahan terakhir,
Dunia yang fana akan ditinggalkan,
Hanya amalan yang dibawa.
Terdengar sayup surah dibaca,
Sayunya alunan suara,
Cemas di dada...lemah tak bermaya,
Terbuka hijab di depan mata.
Selamat tinggal pada semua,
Berpisah kita selamanya,
Kita tak sama nasib di sana,
Baikkah atau sebaliknya.
Amalan dan takwa jadi bekalan,
Sejahtera bahagia pulang...ke sana.
Sekujur badan berselimut putih,
Rebah bersemadi sendiri,
Mengharap kasih anak dan isteri,
Apa mungkin pahala dikirim.
Terbaring sempit seluas pusara,
Soal-bicara terus bermula,
Sesal dan insaf tak berguna lagi,
Hancurlah jasad dimamah bumi.
Berpisah sudah segalanya,
Yang tinggal hanyalah kenangan,
Diiring doa dan air mata,
Yang pergi takkan kembali lagi.
MELBOURNE - Satu kajian mendapati pengguna muda telefon bimbit kerap mempunyai ingatan kurang baik, tindak balas yang perlahan terhadap masa dan membuat banyak kesilapan.
Satu kajian di kalangan 300 pelajar berumur 12 hingga 14 tahun dari 20 sekolah swasta dan negeri di Melbourne baru-baru ini menunjukkan kanak-kanak yang banyak menggunakan telefon bimbit kemungkinan mengorbankan ketepatan bagi mencapai kelajuan.
Kajian oleh penyelidik dari Monash University itu menunjukkan kanak-kanak disifatkan sebagai pengguna telefon bimbit yang tinggi kemungkinan besar mempunyai kurang ingatan, bertindak perlahan terhadap sesuatu tanggungjawab dan melakukan lebih banyak kesilapan daripada para pelajar yang kurang menggunakan telefon bimbit.
dipetik dari KOSMO...16 ogos 09..
BUKIT MERTAJAM 15 Ogos - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularan virus itu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, statistik itu berdasarkan kajian terperinci WHO mengenai impak penularan luar biasa H1N1 terhadap sesebuah negara jika ancaman virus tersebut tidak ditangani secara berkesan dan menyeluruh.
''Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu.
''Jadi semua pihak perlu tampil bersama-sama mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang disarankan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini hari ini.
Tiong Lai berkata, penularan H1N1 dijangka berlarutan dalam tempoh satu atau setahun setengah lagi dan ia diramal menular lebih cepat pada musim tengkujuh iaitu antara bulan Oktober hingga Disember ini.
Sepanjang tempoh itu katanya, orang ramai turut terdedah dengan penyakit berjangkit lain.
Justeru katanya, setiap lapisan rakyat perlu mengambil serius setiap langkah proaktif termasuk meningkatkan kebersihan diri tanpa mengharapkan program-program pencegahan yang dijalankan kerajaan semata-mata.
''Pada musim tengkujuh, kita lebih terdedah dengan selesema, batuk-batuk dan demam. Tempoh ini amat penting untuk semua rakyat mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mengambil mudah," tambahnya.
Kajian WHO juga katanya, menunjukkan jumlah sebenar penduduk yang dijangkiti H1N1 adalah 20 kali ganda dengan jumlah pesakit yang direkodkan menerima rawatan akibat jangkitan virus tersebut.
''Ini bermakna jika kita merekodkan 3,574 kes jangkitan H1N1 setakat ini, jumlah sebenar yang dijangkiti adalah sekitar 70,000 orang. Kajian WHO ini mungkin tidak begitu tepat tapi kita kena beri perhatian sewajarnya," jelasnya.
Tiong Lai berkata, walaupun kajian WHO menunjukkan risiko kematian pesakit yang dijangkiti H1N1 amat rendah iaitu antara 0.1 hingga 0.4 peratus tetapi keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya langkah pencegahan tidak dilakukan secara bersungguh-sungguh.
Sementara itu katanya, tiga lagi kematian akibat H1N1 direkodkan setakat semalam menjadikan jumlah korban akibat penularan virus itu meningkat kepada 59 orang.
Katanya, tiga kematian itu membabitkan dua lelaki berusia 22 dan 29 tahun yang masing-masing menghidap penyakit jantung dan obesiti.
''Seorang lagi mangsa ialah wanita berusia 44 tahun yang menghidap asma dan disahkan meninggal dunia selepas enam hari menerima rawatan," tambahnya.
dipetik dari berita haraian,16 ogos 2009...
haaa..ni ada sdkit tip untuk penjagaan laptop...so,sesape yg guna laptop tu..bleh la amalkn tips nie..mane la tahu kan..kot2 cpat rosak kang..crash ke..'hang' ke...ape2 pn..lyan..!
1. Bateri
- Elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik.
- Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
- Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
- Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
- Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
2. Papan Kekunci.
- Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
- Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
- Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.
3. Skrin LCD
- Lapkan skrin selalu kerana ia mudah dimasuki habuk.
- Gunakan screen saver.
- Power management setkan pada ‘Turn Off monitor in ... minutes'.
- Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
- Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ‘Dead pixel'.
4. Haba Panas
- Pastikan komputer riba anda mempunyai ruang untuk mengeluarkan haba panas.
- Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.
5. Surge Protector
- Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
- Disyorkan untuk diguna bagi menjaga perkakasan dalaman komputer riba.
- Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga pemacu cakera keras (HDD) dan punca kuasa (Power Supply).
6. Port
- Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
- Gunakan berus atau berus gigi lama.
- Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.
Beberapa tips untuk dikongsi dengan anda dalam penjagaan komputer supaya jangka hayat lebih panjang dan lama..
- Anda jangan terlalu kerap ON dan OFF komputer.
- Elakkan drpd getaran meja kerana kebanyakan komponen elektronik amat mudah rosak.
- Tempatkan komputer dibilik berhawa dingin, ditempat yang teguh dan tetap(jangan suka berpindah randah
.. ). - Jauhkan sebarang cecair (makanan/minuman) dari komputer ini kerana minuman yang tertumpah keatas keyboard / terkena disket / masuk dalam komputer akan merosakkan komputer anda.
- Elakkan komputer dari sinaran terus cahaya matahari .
- Elakkan dari benda benda bermagnet seperti telefon, pembesar suara dan sebagainya berhampiran komputer. Kesan magnet akan merosakkan floppy disk anda.
- Habuk adalah musuh komputer anda. Habuk yang halus yang masuk ke motherboard akan memendekkan hayat komputer. Jika ada masa lapang, bersihkan habuk dari dalam komputer menggunakan udara termampat yang dijual dalam bentuk tin spray penyembur nyamuk.
- Habuk juga boleh memasuki disket, laser head cd-rom atau read-write head pada pemacu cakera menyebabkan ia tidak dapat digunakan.
- Asap rokok juga mendatangkan kesan yang sama seperti habuk tadi. Ingatlah, merokok bukan sahaja tidak sihat pada kesihatan anda bahkan juga kepada kesihatan komputer anda.
- Jangan letak komputer dalam bilik yang ada permaidani sebab permaidani (carpet) adalah penghasil cas elektrik statik yang terbaik.
- Tambahkan kipas tambahan dalam komputer untuk menyejukkan komputer anda.
- Gunakan AVR – Automatic Voltage Regulator. Bekalan elektrik bukannya tetap 230V AC. ini kerana ada ketikanya terkurang/terlebih voltage terutama berlakunya petir.
- Back up segala data penting anda. Sebabnya kalau hdd rosak, habis semua hasil kerja yang sudah disiapkan.
- Scan hdd sekurang kurangnya sebulan sekali untuk memastikan tiada sebarang file bermasalah. Boleh gunakan scandisk.exe / mana mana program komersial.
- Scan dengan perisian anti virus sekurang kurangnya sekali sebulan.
- Digalakkan gunakan 2 hard drive / hdd dformat kepada lebih dari satu partition, satu untuk bekerja dan satu lagi untuk stor/backup.
harap membantu anda…
Assalamualaikum..
hari ni..sy ingt nk kongsi la serba sdikit walpaper2 yg bleh anda gunakn sbgai wallpaper ke..ikon ke..gambr hisan ke..& sbagainya..ni antara contoh wallpaper yg sy smpat download...dan kat bawah nie..ade link untuk ke web site download wallpaper cun2 n gempak!!tgk2 la yea..boleh download..
Link:
http://www.bestqualitywallpapers.com/
http://www.customize.org/browse/latest
http://www.socwall.com/

Hampir 2 per 3 daripada rakyat Amerika mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti. Berat badan berlebihan ini boleh mengakibat berjenis-jenis penyakit berbahaya terutamanya mereka yang berperut buncit. Wanita mengalami pengumpulan lemak di paha, pinggul dan kaki manakala lelaki cenderung untuk mengalami masalah perut.
Kenapa pengempisan perut itu perlu?
Walaupun kaitan antara perut buncit dan masalah kesihatan masih belum jelas, pakar beranggapan mereka yang mempunyai perut yang buncit berisiko lebih tinggi untuk menghadapi risiko penyakit berbahaya berbanding pengumpulan lemak di bahagian lain.
Badan manusia dicipta untuk menyimpan lemak dan ia akan digunakan ketika badan memerlukan tenaga, iaitu apabila bahan bakar utama (gula) kehabisan. Tetapi apabila seseorang tidak melakukan kerja atau terlalu pasif, sel lemak akan membebaskan molekul lemak ke dalam sistem badan lantas mengubah kadar metabolisma serta menganggu penggunaan insulin badan. Ini akan menyebabkan badan terdedah kepada pelbagai penyakit seperti :
Diabetis
Beberapa penyakit kanser
Tekanan darah tinggi
Masalah tidur
Kandungan lipid Abnormal bertambah
Gangguan hormon Insulin
Sindrom metabolik
Malahan kajian menunjukkan lemak di perut adalah bersifat motile atau bergerak berbanding kawasan lain badan. Sifat ini boleh menyebabkan penyempitan pembuluh darah dan juga aterosklerosis yang meningkatkan risiko penyakit angin ahmar (strok).
Adakah perut anda dikatogerikan sebagai buncit?
Anda boleh mengukurnya secara langsung kerana perut yang besar menunjukkan kandungan lemak yang tinggi. Kecuali untuk beberapa kes perubatan. Menggunakan nisbah pinggang dan pinggul (Waist-to-hip ratio) dan BMI merupakan cara yang persis untuk mengukur kandungan lemak badan.
Untuk lelaki risiko penyakit berbahaya dan risiko serangan jantung bertambah andainya ukur lilt pinggang sekitar 40 inci (102 sentimeter).
Tips Mengukur pinggang dengan betul :
Letakkan pita pengukur disekeliling abdomen iaitu di atas tulang pinggul.
Kemaskan pita iaitu betul-betul di kulit pinggang tetapi jangan terlalu ketat sehingga tertekan ke dalam kulit.
Pastikan pita pengukur terletak pada aras yang betul dan sekata.
Ukur perut anda dalam keadaan tenang dan tidak menyedut perut ke dalam.
Bolehkan perut dikempiskan dengan duduk tubi (sit-ups)?
Duduk tubi boleh menyebabkan bahagian otot abdomen menjadi lebih kuat. Semestinya anda akan kelihatan lebih kurus andai anda mampu mengurangkan bahagian badan ini. Tetapi dengan hanya melakukan latihan abdomen sahaja tidak akan memberi hasil yang terbaik. Ada beberapa latihan tertentu dapat mengurangkan lemak di perut. Namun kebanyakkan orang dapat mengurangkan perut buncit dengan melakukan pelbagai senaman.
Umur dan perut buncit.
Umur memang memainkan peranan dalam meningkatkan lemak di perut. Kebanyakkan lelaki akan mengalami perut yang buncit sekitar umur 30-an. Melakukan senaman dan diet yang sama pada usia berbeza adalah tidak relevan. Kenapa? Ini kerana kadar metabolisma menurut apabila usia meningkat. Caranya terbaik untuk kekalkan perut yang cantik ialah dengan mengubah senaman atau aktiviti fizikal serta mencari diet yang sesuai.
Buncit diwarisi?
Memang betul, tetapi kebanyakkan masyarakat hari ini memiliki perut yang buncit berdasarkan gaya hidup yang tidak sihat berbanding genetik yang diwarisi. Secara ringkasnya kandungan kalori yang diambil melebihi keperluan menyebabkan ia disimpan sebagai lemak.
Pengambilan makanan segera €Ĺ“fast food€� secara berlebihan juga menyebabkan masyarakat moden berdepan dengan masalah obesiti. Makanan segera mengandungi kandungan karbohidrat dan lemak yang tinggi menyebabkan ia ditukar kepada simpanan badan (dalam bentuk lemak). Kajian menunjukkan bahawa 60% daripada rakyat Amerika tidak melakukan senanam langsung. Senaman atau aktiviti fizikal penting untuk mengawal kandungan lemak badan serta meningkatkan taraf kesihatan. Jadi jika anda ingin menurunkan berat badan dan mengurangkan berat badan, ingatlah 2 perkara iaitu kawal pemakanan dan aktiflah bersukan atau bersenam.












